fb fb fb fb fb

Bomba Kelantan beku cuti anggota sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina

KOTA BHARU, 26 Januari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina minggu hadapan.

Pengarah JBPM Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Zainal Madasin berkata hanya 20 peratus daripada 1,234 pegawai dan anggota diluluskan cuti sepanjang tempoh itu.

Katanya, penugasan anggota dalam keadaan bersiap sedia sepanjang masa akan ditempatkan di kawasan titik panas yang sering berlaku kemalangan.

Antaranya laluan masuk utama ke negeri itu di jajahan Jeli, Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

"Setiap kali bercuti perayaan ini ramai keluarga atau masyarakat di kelantan ini yang bertugas yang bekerja diluar daripada Kelantan akan berkunjung balik ke negeri kelantan.

"Jadi tidak mustahil berlaku kemalangan, tidak mustahil berlaku kebakaran kerana mereka ramai macam hari raya jugalah, sebab itu kita di Kelantan ni sentiasa bersiap sedia," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2022 di Ibu Pejabat JBPM negeri Kelantan di Tunjong.

Media Baharu