BATU GAJAH, 26 Januari - Tiada isu lambakan rumah tidak terjual di Perak meskipun sektor hartanah negara terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamed berkata sasaran sebanyak 50,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2025 di negeri itu juga akan tetap diteruskan.
Katanya, sasasaran tersebut diyakini mampu dicapai menerusi hasil kerjasama baik semua pihak termasuk sektor swasta dalam usaha memacu kembali ekonomi negeri.
"Sebelum pandemik memang kita dapati tawaran jualan ini seperti biasa tapi akibat pandemik, agak terencat tapi lepas tu kita kembali. Macam projek
ini 'sold out' persediaan ke arah 50,000 berjalan seperti biasa dan kita ada 'demand' untuk pembeli-pembeli," katanya selepas melakukan lawatan ke tapak projek Bandar Tasik Idaman 'Spanish Garden by The Water' di sini.
Projek berkeluasan 130 ekar yang menelan belanja sebanyak RM500 juta itu dijangka akan mewujudkan lebih banyak tarikan ekonomi melalui penyediaan infrastruktur lengkap bagi
kemudahan rakyat, pelabur serta komuniti perniagaan.