KUALA LUMPUR, 11 Disember – Komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengesan anak kepada Indira Gandhi, selepas satu perjumpaan diadakan antara kedua-dua pihak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang Rabu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan, pihaknya kekal komited, sentiasa menghormati serta mematuhi setiap arahan mahkamah, termasuk berkaitan usaha berterusan mengesan anak Indira Gandhi mengikut lunas undang-undang.
PDRM juga mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam bagi membantu proses pencarian, dengan jaminan semua maklumat akan diteliti secara profesional dan tindakan diambil mengikut prosedur siasatan yang berkuat kuasa.
Perjumpaan pada pukul 4.40 petang itu turut disertai Ahli Parlimen, M. Kulasegaran, Arun Dorasamy serta dua anak Indira Gandhi.
M. Kulasegaran memohon agar PDRM terus memberikan sokongan kepada Indira Gandhi dalam usaha mencari dan mengesan bekas suami dan anak wanita itu.
“Indira Gandhi dan Arun Dorasamy menyatakan harapan agar usaha itu dapat dipergiat,” katanya.
Pada 21 November lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan PDRM memperluas pencarian bekas suami wanita itu K. Pathmanathan atau Muhammad Riduan Abdullah yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan bongsu mereka kepada bekas isterinya.
Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada Indira Gandhi.