fb fb fb fb fb

PDRM diarah ambil tindakan tegas terhadap penjenayah, pesalah rasuah

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Anugerah Sukan Negara 2023 di ibu negara

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah dan pesalah rasuah tanpa mengira status, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siasatan perlu dilakukan secara telus dan adil tanpa melindungi mana-mana pihak demi menegakkan keadilan.

"Saya berikan jaminan sebab timbul keresahan, saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri yang melindungi penjenayah atau perasuah. Kita kena pastikan tindakan profesional dan adil, malah tidak menghukum sebelum ada fakta yang adil mengikut undang-undang,

"Tindakan gopoh dalam menjalankan siastan dan menjatuhkan hukum boleh menyebabkan satu ketidakadilan yang lain, malah hukuman perlu dibuat berdasarkan fakta yang jelas tanpa melibatkan sebarang persepsi," katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2023 di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI