fb fb fb fb fb

Jabatan Imigresen paling banyak aduan salah laku integriti

Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar/Foto RTM

SEPANG, 13 Jun- Jabatan Imigresen menjadi jabatan penguatkuasa paling banyak yang terima aduan isu salah laku integriti kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), pada tahun ini.

Ia di ikuti Jabatan Pengangkutan Jalan 21 kes, Jabatan Kastam 18 kes, Jabatan Perikanan 16 kes , Agensi Penguatkuasaan Maritim 16 kes dan Jabatan Pendaftaran Negara 13 kes serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sebanyak 13 kes.

Pengerusi EAIC, Tan Sri Dr Ismail Bakar, berkata sebanyak 176 aduan diterima oleh pihaknya pada tahun ini.

"90 peratus daripada aduan tersebut telah kita selesaikan biasanya tindakan tersebut kita bawa untuk siasatan penuh untuk melihat sama ada berlaku atau tidak.

"Sekiranya berlaku, kita akan minta agensi berkenaan mengenal pasti pegawai berkenaan sama ada diberi amaran atau tindakan buang kerja, turun pangkat atau tahan kenaikan gaji dan sebagainya", pada sidang media selepas Mesyuarat Koordinasi EAIC Bersama Ketua Jabatan Agensi Penguatkuasaan Seliaan 2024 di sini.

Antara aduan utama ialah laporan yang tidak diambil tindakan sewajarnya iaitu sebanyak 59 aduan, selain tindakan tidak mengikut prosedur operasi standard atau SOP 37 aduan, salah guna kuasa 24 aduan, tiada salah laku 23 aduan dan rasuah 19 aduan

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD