fb fb fb fb fb

Inflasi negara kekal antara dua hingga 3.5 peratus tahun ini

Simposium bertajuk 'Subsidy Rationalisation: Charting The Course Towards Economic Transformation' pada Simposium Sasana 2024 Bank Negara Malaysia di ibu negara

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Inflasi keseluruhan negara dijangka kekal antara dua hingga 3.5 peratus untuk tahun ini selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel pada 10 Jun.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican berkata, rasionalisasi itu lebih tertumpu kepada membantu rakyat dan menangani penyeludupan dalaman serta rentas sempadan.

Justeru, kerajaan akan terus memastikan tiada kenaikan harga tidak seimbang susulan pelaksanaan itu.

"Dalam penyasaran diesel, impak kepada inflasi tu kekal sama seperti unjuran sebelum ini iaitu 2% hingga 3.5% pada 2024.

"Apa yang berlaku sebenarnya dalam isu diesel ini, gabungan antara penyeludupan dalaman dan rentas sempadan," katanya semasa sesi panel dalam Simposium bertajuk 'Subsidy Rationalisation: Charting The Course Towards Economic Transformation' pada Simposium Sasana 2024 Bank Negara Malaysia di ibu negara.

Terdahulu, sebelum pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel, Bank Negara Malaysia mengumumkan Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara dua hingga 3.5 peratus dan antara dua hingga tiga peratus pada 2024.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI