fb fb fb fb fb

PBSM sedang urus pemindahan RM200,000 buat Bulan Sabit Merah Palestin

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah (tengah) berkenan berangkat ke makan malam amal Sempena Ulang Tahun ke-75 PBSM di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 5 November- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) melancarkan rayuannya untuk membantu Bulan Sabit Merah Palestin sebagai sokongan kemanusiaan di Gaza.

Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, BSMM telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1.9 juta daripada entiti korporat dan kini sedang menguruskan pemindahan awal sejumlah RM200,000 kepada pihak berkenaan.

Sumbangan tersebut direalisasikan susulan kemurahan hati rakyat Malaysia dan sokongan kerajaan.

"Kami sedang menguruskan pemindahan RM200,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin. Sumbangan ini direalisasikan susulan kemurahan hati rakyat Malaysia dan sokongan kerajaan.

"Kita juga sedang menyaksikan ketidakpatuhan (Israel) terhadap Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan peraturan serta pengendalian peperangan dan menggesa anda agar terus menyokong usaha kami," katanya ketika berucap dalam majlis makan malam amal Sempena Ulang Tahun ke-75 PBSM di sini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis itu.

Al-Sultan Abdullah turut melancarkan koleksi Setem peringatan 75 Tahun BSMM.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

SITI AISHAH BINTI MD ISA