fb fb fb fb fb

PBSL Ihsan Madani :53 banduan dibebaskan sempena Tahun Baharu Cina

Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Fayrouz Ahmad Zawawi / Foto RTM

GEORGETOWN, 7 Februari - Seramai 53 banduan dari Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Seberang Perai dibebaskan awal sempena program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani sempena sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, Fayrouz Ahmad Zawawi berkata, kira-kira 68 banduan telah dibebaskan sejak program berkenaan diperkenalkan tahun lalu.

"Ini proses kali pertama bagi sambutan Tahun Baharu Cina buat tahun ini.

"Jadi, Saya mengharapkan agar OBB (Orang Bebas Berlesen) dapat bersama dengan keluarga untuk meneruskan kehidupan di samping bekerja dengan pihak majikan. Sekurang-kurangnya OBB mendapat kemahiran, pengalam berguna buat masa depan mereka sendiri", katanya di sini ketika ditemui media.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD