fb fb fb fb fb

PBAPP sambung operasi saluran paip baharu bernilai RM2 juta

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 September- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menyambung dan mengoperasi saluran paip baharu bernilai RM2 juta bermula 4 Oktober depan.

Perkara itu akibat kebocoran pada saluran paip bekalan air utama berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh hingga menyebabkan gangguan bekalan air di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Ir K. Pathmanathan berkata, kerja-kerja pemasangan itu dijadualkan selesai dalam tempoh 24 jam bermula pukul 10.00 malam, 4 hingga 5 Oktober depan.

"Gangguan bekalan air berjadual turut menjejaskan kira-kira 97,000 pengguna di Seberang Perai.

"Sebahagian SPT yang turut terjejas ialah Kuala Juru, Taman Mengkudu dan Juru Height, manakala seluruh kawasan di SPS terlibat kecuali Bukit Panchor, Transkrian, Permatang Tok Mahat dan Sungai Acheh, Sungai Bakau," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, PBAPP akan menggerakkan lori tangki air, tangki fleksi dan tangki statik di tempat strategik kawasan terjejas.

Pada masa sama pengguna turut dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pada 19 September lepas, kontraktor pihak ketiga tidak sengaja telah merosakkan bahagian saluran paip utama di kawasan terbabit sekaligus menjejaskan perkhidmatan bekalan air di SPT dan SPS.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI