fb fb fb fb fb

PBAPP bina struktur khas atasi gangguan bekalan air

Chow Kon Yeow hadir pada Majlis Pra Pelancaran Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Pulau Pinang.

GEORGE TOWN, 3 Oktober- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengambil respons segera dengan membina struktur khas pintasan atau bypass bagi menggantikan paip air yang bocor di Permatang Pauh berhadapan Politeknik Seberang Perai.

Ia bagi mengatasi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan ratusan penduduk Mukim 5 Sungai Bakap, di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang sejak dua minggu lalu

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pendekatan itu dilihat paling sesuai memandangkan kedudukan paip yang berada pada kedalaman 15 meter di bawah dasar sungai.

"Kerja persiapan sudah berlangsung buat hampir seminggu lebih. Esok pada pukul 10.00 malam sambungan terakhir menyambung bypass yang baharu kepada paip yang sedia ada akan dilakukan. Jadi, bukan mukim 5 sahaja tetapi PBA sudah pun keluarkan senarai kawasan kawasan yang terlibat.

"Ini satu keadaan yang bukan dirancang bukan kita mau tutup. Tetapi pihak ketiga telah menyebabkan paip PBA yang besar itu bocor," katanya dalam sidang media Majlis Pra Pelancaran Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Pulau Pinang.

Antara kawasan yang teruk terjejas termasuk Taman Seruling Emas, Flat Taman Seruling Emas, Jalan Permatang Ara, sebahagian Perkampungan Sungai Bakap (medan sebahagian Perkampungan Sungai Duri. 

Trainee2