fb fb fb fb fb

PAU2021: UMNO sokong penuh kepimpinan PM - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 18 Mac- UMNO sentiasa memberi dukungan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Jelas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri harus menjaga kerajaan dengan baik, manakala tugas beliau dan kepemimpinan UMNO akan terus memperkuatkan parti.

"Datuk Seri Ismail Sabri merupakan wakil daripada UMNO yang menerajui kerajaan, maka kami sentiasa memberi dokongan kepada beliau,

"Saya dan rakan-rakan seperjuangan lain akan menjaga dan memperkuatkan lagi parti, sementara beliau menguruskan kerajaan. Perkara ini perlu jalan seiring," jelasnya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

(Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan -erhimpunan Agung Umno 2021 di WTC, Kuala Lumpur)


PAU 2021 hari ini dimulakan dengan acara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa pada 8 pagi tadi di Plaza Merdeka WTC KL dan diikuti pemeriksaan barisan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kemudaian beliau merasmikan persidangan di Dewan Merdeka, kemudian diikuti dengan sesi perbahasan dan diakhiri sesi penggulungan.

Acara bagi Perhimpunan Agung UMNO 2021 diadakan selama empat hari bermula Rabu dan selaras dengan situasi Covid-19, ia diadakan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk pematuhan pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal.

Media Baharu