fb fb fb fb fb

PAU2021: Ucapan Presiden UMNO bawa mesej harmoni

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) amat jelas dan penuh diplomasi dalam menyampaikan mesej kepada ahli parti.

Demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

"Mesej tetap sampai, boleh difahami dan pendekatan itu adalah lunak dan boleh mengharmonikan situasi,

"Tidak semestinya semua orang sependapat, namun saya merasakan Presiden telah membuat ucapan yang 'well crusted' dan 'well delivered'. Saya cukup gembira dengan ucapan beliau secara keseluruhannya," jelasnya kepada pemberita, di sini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), berkata keputusan mengenai perlaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak boleh dibuat secara unilateral.

(Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa)


"Kita berada dalam satu kerajaan yang merupakan gabungan pelbagai parti, UMNO tidak boleh buat keputusan secara unilateral," katanya.

Antara inti pati ucapan perasmian Ahmad Zahid ialah UMNO mengulangi pendirian untuk terus mendukung kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam membangunkan semula negara.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menekankan teras utama agenda parti merangkumi ekonomi, peluang pekerjaan, melahirkan lebih ramai usahawan berwibawa, meneruskan agenda integrasi pendidikan dan reformasi agenda rakyat.

Media Baharu