fb fb fb fb fb

PAU2021: KJ optimis pembukaan sempada 1 April selamat

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin optimis, pembukaan sempadan negara pada 1 April ini akan dibuat dengan selamat.

Jelasnya, pembukaan itu nanti tidak akan memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam.

"Jika kita lihat di negara seperti Eropah, kadar jangkitan mencatatkan peningkatan, selepas 1 April Kementerian Kesihatan akan meneliti semula keadaan ini,

"Ini setelah lebih banyak kelonggaran yang diberikan seperti solat terawih, sambutan hari raya dan sebagainya samada kes melonjak naik atau tidak," jelasnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.

Keputusan ini dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Media Baharu