fb fb fb fb fb

PAU2021: Wajar tangguh PRU-15 sehingga keadaan kesihatan stabil

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Pilihanraya umum PRU-15 wajar ditangguh sehingga keadaan kesihatan umum benar-benar stabil.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau menyerahkan keputusan mengadakan PRU-15 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan mengambil kira kuasa Yang Dipertuan Agong.

"Perdana Menteri akan mempertimbang beberapa cadangan termasuk pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membuat sebarang keputusan,

"Kita perlu menunggu sehingga keadaan kesihatan umum stabil, meskipun Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan akar umbi menginginkan pihanraya dilaksanakan lebih awal," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

(Keputusan melaksanakan PRU-15 perlu penelitian rapi - Khairy Jamaluddin)


Dalam perkembangan berasingan, Khairy Jamaluddin akan menilai semula keadaan kesihatan umum setelah sempadan dibuka 1 April nanti.

Katanya, beliau memerlukan beberapa bulan bagi tujuan berkenaan.

Media Baharu