fb fb fb fb fb

PAU2021: Inisiatif pengeluaran KWSP, dengar rintihan rakyat

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Sokongan atas kebijaksanaan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mentadbir kerajaan dizahirkan menerusi Perhimpunan Agung UMNO.

Ini terutamanya melibatkan inisiatif pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat mustahak bagi membantu ke arah pemulihan ekonomi rakyat terjejas.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pengumuman itu memberikan sinar baharu buat rakyat bangkit semula mendepani cabaran ekonomi semasa.

"Tindakan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) itu secara tidak langsung merealisasikan hasrat rakyat sekali gus memberi kelegaan kepada mereka," jelasnya.

(Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat DaganganAntarabangsa, Kuala Lumpur.)

Dalam pada itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan berkata kebimbangan orang ramai mengenai simpanan selepas tempoh persaraan telah dipertimbangkan sewajarnya.

"Saya percaya Perdana Menteri telah menilai perkara berkenaan, namun keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan rakyat dan pandangan parti," jelasnya selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Antarabangsa, Kuala Lumpur.

(Sidang Media Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin)

Perhimpunan Agung Umno 2021 bermula hari ini dan selepas dua tahun, ia diadakan secara bersemuka sepenuhnya.

Perhimpunan tahun lepas berlangsung secara hibrid manakala tahun sebelumnya tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19.

Media Baharu