fb fb fb fb fb

Bantuan pasca banjir : MAKSAK Pulau Pinang bantu 100 penduduk terjejas

KEMAMAN, 18 Mac- Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota - Anggota Kerajaan (MAKSAK) Pulau Pinang membantu 100 penduduk terjejas banjir di Pantai Timur.

Misi bantuan dua hari digerakkan ke jajahan Pasir Mas, Kelantan dan Kampung Mak Lagam, Kemaman yang merupakan antara lokasi yang teruk terjejas.

Menurut Setiausaha Kehormat MAKSAK Pulau Pinang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Perlis, Affendi Rajini Khan, tujuh anggota sukarelawan bersama dua buah lori serta sebuah kenderan pacuan empat roda digerakkan.

"Misi ini bukan sahaja membantu membersihkan rumah penduduk, MAKSAK turut mengagihkan bantuan berupa keperluan makanan dan peralatan membersih," katanya.

Ujar Affendi, misi mendapat kerjasama Yayasan Kebajikan Perlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Klinik Mesra Alor Setar dan Pertubuhan Tzu Chi Pulau Pinang.


(Sukarelawan MAKSAK sertai misi bantuan pasca banjir di Pantai Timur)

Media Baharu