fb fb fb fb fb

PAU tidak jemput parti politik selain komponen BN

KUANTAN, 8 Januari- Tiada sebarang jemputan untuk parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, yang dijadualkan berlangsung pada Rabu depan.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan perbincangan isu-isu dalaman parti dapat diadakan dengan lebih baik.

"Kami membuat keputusan bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini hanya antara parti-parti Barisan Nasional.

"Kami ingin menyelesaikan perkara yang berkait dengan urusan dalaman UMNO dan BN. Oleh itu parti lain juga tidak dijemput termasuk duta asing."

Sementara itu, beliau turut memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri turut menjadi fokus utama selepas PAU selesai.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kata putus melibatkan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dalam pilihan raya akan datang.

"Kita telah berkerjasama dalam membentuk kerajaan kerjasama dalam bentuk parti ini. Kita akan putuskan kerjasama dalam bentuk parti bagi menghadapi PRN belum diputuskan dan dibincangkan. Kita belum ada mesyuarat mengenai perkara itu," katanya selepas hadir pada Program Penerangan Isu-isu Semasa Terkini Negara di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), di Kuantan, Pahang.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Hasan Arifin, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Pahang.

(Ahmad Maslan)


Media Baharu