fb fb fb fb fb

Indonesia sahabat sejati saat saya terlempar dan disisih - Anwar

JAKARTA, 8 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Indonesia sebagai sahabat sejati sejak dahulu lagi.

Itu asas pertimbangan beliau memilih Indonesia sebagai destinasi lawatan rasmi luar negara pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Indonesia merupakan jiran serumpun dan sahabat sejati walaupun dalam keadaan saya terlempar dan disisih, dan Indonesia tetap menerima saya sebagai sahabat sejati,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) syarikat Malaysia-Indonesia di sini.

Beliau berkata sebanyak 12 perkara yang akan dibincangkan bersama Presiden Joko Widodo di Istana Bogor esok dalam sesi Veranda Talk atau Sembang Beranda.

Ia merupakan tradisi yang diperkenalkan oleh Presiden Jokowi untuk tetamu negara yang penting dan mempunyai hubungan rapat dengan negara itu.

Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan serantau dan global sebelum menghadiri majlis syarahan awam bertajuk Hubungan Strategik Malaysia Indonesia: Cabaran dan Harapan, di Bank Mega Tower.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu