fb fb fb fb fb

DBKL peruntukkan RM36 juta, tambah baik pengangkutan awam di ibu negara

(FOTO FB NGA KOR MING)

KUALA LUMPUR, 8 Januari - Sebanyak RM36 juta akan diperuntukkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun ini untuk menambah baik pengangkutan awam di ibu negara serta mengurangkan bebanan rakyat.

Ia termasuk menyediakan 76 bas percuma GoKL merangkumi jumlah panjang laluan 150 kilometer di sekitar Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya berkata, bas tersebut akan dilengkapi akses internet percuma serta kemudahan mesra OKU.


(Foto FB Nga Kor Ming)

Perkhidmatan bas percuma GoKL juga bakal diperluas dengan pengenalan dua laluan baharu, menjadikan jumlah bilangan laluan GoKL sebanyak 15 laluan.

Selain itu, waktu perjalanan harian GoKL akan bermula dari pukul 6 pagi hingga 11 malam dan menganggarkan 30,000 orang akan menaiki bas GoKL setiap hari, sekali gus menjangkakan jumlah penumpang melebihi 11 juta orang dalam setahun.

Beliau turut berharap pengguna dapat merancang jadual perjalanan dan pada masa sama dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar.

Media Baharu