fb fb fb fb fb

Dua maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta

SEMANGGOL, 8 Januari- Seorang pemandu lori bersama seorang penumpang maut dalam keadaan tersepit apabila lori yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah kereta.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam tadi di Kampung Kedai 2, Tebok Simpang Rimba 4, Semanggol.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai mengesahkan perkara tersebut dan menerima panggilan sekitar pukul 7.39 malam.

Setibanya di lokasi kejadian, operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa dijalankan anggota bomba menggunakan unit kuasa dan peralatan menyelamat.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan.

Operasi tamat pada pukul 9.13 malam dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

(Kemalangan antara lori dengan sebuah kereta di Semanggol)

Media Baharu