fb fb fb fb fb

Anthony Loke galak pemasangan kamera papan pemuka

SEREMBAN, 8 Januari- Kementerian Pengangkutan menggalakkan pemasangan kamera papan pemuka atau dashboard camera di setiap kenderaan sebagai langkah keselamatan.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata pemasangan tersebut berupaya merakam dan menjadi bahan bukti bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak diwajibkan untuk setiap kenderaan.

"Kepentingan kamera papan pemuka mempunyai kelebihan terutama sebagai bahan bukti bagi insiden atau apa-apa kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalan raya.

"Kita menggalakkan pemilik kenderaan untuk pemasangan itu di dalam kereta masing- masing. Namun, pemasangan tersebut tidak diwajibkan," katanya pada Program N9 Youth Talent
Competition, di sini.

(Anthony Loke Siew Fook)

Media Baharu