fb fb fb fb fb

SOP kemasukan pelancong asing ke Malaysia kekal

(Foto Bernama)

SEPANG, 8 Januari- Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa kekal.

Jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiada keperluan untuk memperkenal sebarang SOP baharu buat masa ini.

Keputusan itu dibuat berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang diperoleh di pintu masuk negara.

"Saya tanya sendiri prosedur kalau ada dikesan demam bagaimana...diletakkan satu kawasan khusus doktor akan buat semakan lagi...kalau masih lagi kekal dengan rekod tanda-tanda yang mengancam istilahnya postif, terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

"Saya tengok tadi angkanya tidak dianggap sebagai 'alarming'...(tiada peningkatan), masih lagi corak biasa...tiada untuk rekod tadi kita perhatikan.

"Penting untuk kita melihat data sebab data mengesahkan tidak ada tanda-tanda sekurang-kurangnya berdasarkan rekod hari ini," katanya.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Beliau berkata demikian dalam sesi lawatan ke kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, di sini hari ini.

Dalam sesi sama, Saifuddin Nasution turut meninjau prosedur ketibaan pekerja asing dan kemasukan pelancong China di balai ketibaan antarabangsa.

Media Baharu