fb fb fb fb fb

Patuhi kriteria pemilihan pekerja asing tangani isu kacau ganggu

JOHOR, 7 Disember- Majikan di Johor yang ingin mengambil pekerja asing perlu mematuhi kriteria dalam pemilihan penempatan pekerja selain perlu mematuhi  undang-undang yang dikuat kuasa oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Langkah itu seiring Akta Standard-Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 bagi menangani isu kacau ganggu melibatkan pekerja asing di negeri itu. 


(Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan,Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah)

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Mad Shah berkata PBT turut berkolaborasi bersama Jabatan Tenaga Kerja dalam membasmi kacau ganggu dalam kalangan pekerja dengan penduduk tempatan di kawasan perumahan pekerja. 

"Semua agensi akan terlibat urus dalam pemandu mesyuarat empat tahun sekali dalam  menangani masalah-masalah yang kita akan mengetuai setiap kali sidang dewan ini berdasarkan jawapan atau yang boleh saya kongsikan wujud satu peraturan dan akta yang dikenakan kepada majikan," katanya semasa persidangan Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri, Johor. 

Selain penguatkuasaan, program kesedaran melibatkan pekerja asing turut dilaksana termasuklah Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Program Sokongan Keselamatan Jalan Raya menerusi majikan dan pekerja yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi. 

Berdasarkan statistik PERKESO, dua daripada tiga kemalangan maut berlaku setiap hari berpunca daripada kemalangan individu yang berulang alik ke tempat kerja. 

Media Baharu