fb fb fb fb fb

Infrastruktur jalan: RM43 juta diperuntukkan kerajaan negeri Johor

JOHOR, 7 Disember- Sebanyak RM43 juta diperuntukan untuk bina, naiktaraf dan baiki jalan-jalan ladang dan infrastruktur di kawasan luar bandar Johor sepanjang tahun ini. 

Daripada jumlah itu RM31.45 juta disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor manakala RM12.18 juta dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar( KPLB). 


(Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip)

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata inisiatif berkenaan memberi banyak manfaat khususnya kepada golongan pengusaha ladang, penternak dan petani. 

"Jalan-jalan ini adalah jalan penghubung desa yang di tambah baik dan juga yang kita naiktaraf manakala jalan luar bandar ini dibina untuk memudahkan pengeluaran hasil pertanian mereka," katanya selepas persidangan Dewan Negeri Johor di Iskandar Puteri.

Selain infrastruktur berkaitan jalan, RM1.25 juta turut dibelanjakan bagi melaksanakan 14 projek penyelenggaraan sistem saliran atau sungai di seluruh negeri ini bagi tujuan pertanian. 

Media Baharu