fb fb fb fb fb

Bekalan ikan dan sayur musim tengkujuh di Johor cukup

ISKANDAR PUTERI, 7 Disember - Bekalan ikan dan sayur di Johor adalah mencukupi sepanjang musim tengkujuh ini, sehingga awal tahun depan. 

Berdasarkan rekod Pengisytiharan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), sebanyak 27,574 metrik tan jumlah pendaratan hasil laut direkodkan di negeri itu sejak September hingga bulan lalu. 

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata trend peningkatan hasil direkodkan pada Oktober lalu iaitu  48.36 metrik tan, berbanding 44.38 metrik tan pada September.     

"Ikan setakat ini rekod yang mereka perolehi berpandu kepada permintaan musim-musim lepas mencukupi dan jumlah tangkapan dan pendaratan juga walaupun agak menurun bulan 11 dan 12 ini tetapi pada jangkaan mereka mencukupi untuk bulan monsun termasuk juga mungkin juga awal tahun depan," kata Zahari Sarip kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Negeri Johor di sini.

(Persidangan Dewan Negeri Johor)

Media Baharu