fb fb fb fb fb

PATUH, pemudah cara jemaah haji bawah TH

Pembantu petugas haji atau lebih dikenali sebagai PATUH sebagai pemudah cara Lembaga Tahung Haji (TH)

MADINAH, 8 Mei- Pembantu petugas haji atau lebih dikenali sebagai PATUH merupakan pemudah cara dalam membantu kelancaran operasi Lembaga Tabung Haji (TH) setiap kali tiba musim haji.

Menurut Majed Abdulrahman Taib, petugas PATUH bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan antaranya perubatan, kebajikan dan pengurusan khidmat pelanggan.

"Yang yang menyertai TH pada musim haji seronok sebab nampak jemaah suka membantu jemaah dan petugas tabung haji. Ramai yang berminat untuk masuk dengan TH," katanya dalam temu bual bersama petugas media di sini.

Bagi PATUH kepada sektor perubatan Shukri Savage Arshad, 51, yang berasal dari Pattani mempunyai 20 tahun bdalam bidang itu, meluahkan rasa teruja setiap kali terpilih membantu TH apabila musim haji.

"Alhamdulillah, saya seronok bekerja dengan Tabung Haji kerana dapat peluang membantu jemaah selain dapat banyak pengetahuan dan ilmu sehingga saya mampu membantu merawat orang kampung setiap kali balik ke Thailand," katanya.

Sementara itu, pakar perubatan kecemasan (Madinah) Dr Reza Murad Qamruddin mengakui kehadiran PATUH banyak membantu petugas kesihatan dalam memberikan khidmat perubatan kepada jemaah setiap kali musim haji.

"Shukri ialah seorang yang memudah cara petugas perubatan dari segi rujukan dengan pihak hospital di Arab Saudi kerana kebanyakan petugas tidak mahir berbahasa Arab, sekali gus menimbulkan sedikit kekangan setiap kali timbul isu melibatkan pesakit jemaah haji Malaysia.

"Jadi, dia akan bertindak sebagai jurubahasa yang sekali gus melancarkan urusan dengan pihak hospital tempatan, saya rasa perkara ini merupakan satu daripada peranan penting Shukri yang sangat membantu kita," katanya.

Bagi musim haji tahun ini, sebanyak 600 petugas haji termasuk perubatan, kebajikan dan teknologi maklumat ditugaskan oleh TH untuk memastikan kelancaran operasi haji serta kebajikan para jemaah.

Antara syarat ditetapkan TH bagi permohonan itu adalah; perlu menetap di Arab Saudi; fasih berbahasa Arab, arif dengan lokasi di Madinah, Jeddah dan Mekah selain cakna undang-undang kerajaan Arab Saudi. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI