fb fb fb fb fb

Pasukan SMART selamat tiba di Turkiye, bantu mangsa gempa

KUALA LUMPUR, 7 Februari - Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selamat tiba pada 11.23 pagi waktu Malaysia bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.

Ketibaan 75 anggota pasukan SMART dimaklumkan menerusi menerusi Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara sebentar tadi.

"Alhamdulillah Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia telah selamat mendarat di bumi Turki.

"Mari sama-sama kita doakan agar segala operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turki dipermudah," menurut catatan itu.

Malam tadi, pasukan tersebut bertolak ke Turkiye menerusi penerbangan Turkish Airlines dengan membawa bersama-sama pelbagai peralatan yang akan digunakan di dalam operasi berkenaan.

Pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui panggilan telefon dengan rakan sejawatan Menteri Luar Negeri Turkiye, Mevlut Cavusogli, memberi jaminan bahawa Malaysia akan menyalurkan sebarang bentuk bantuan mahupun sokongan kepada Turkiye.

(Datuk Seri Zambry bersama Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri Di JPM Hal Ehwal Sabah,
Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Emir Salim Yuksel (Duta Besar Turkiye ke Malaysia) dan
Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin (Setiausaha Politik Perdana Menteri) hadir di KLIA
malam tadi/FB Zambry Kadir)

Sebagai permulaan, kerajaan menghantar pasukan SMART bagi membantu usaha dan misi menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi tersebut.

Sehingga kini, Wisma Putra memaklumkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam bencana itu.

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi melalui talian +(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Sementara itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Pada Isnin, gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

Berita Berkaitan:
Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi di Turkiye setakat ini
70 anggota SMART berlepas ke Turkiye bantu operasi menyelamat
Kedutaan Turkiye berterima kasih kepada Malaysia
Gempa bumi: Turkiye isytihar tujuh hari berkabung
Gempa di Turkiye dan Syria :Agong dan Permaisuri zahir ucapan takziah
PM zahir ucap takziah kepada keluarga mangsa terjejas tragedi gempa bumi di Turkiye
13 rakyat Malaysia terlibat gempa bumi di Turkiye selamat

Media Baharu