fb fb fb fb fb

KPM peruntuk 100,000 kepada SK Anglo Chinese

KOTA KINABALU, 7 Februari- Sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyenggara Sekolah Kebangsaan (SK) Anglo Chinese, Kota Kinabalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, pelaksanaannya perlu mengikut tatacara peroleh yang ditetapkan kementerian.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas meninjau kawasan sekolah tersebut bersama-sama pasukan teknikal kementeriannya.

Hui Ying yang pertama kali datang ke Sabah selepas dilantik ke jawatan itu berkata fokus yang akan dititikberatkan adalah menaik taraf sekolah-sekolah daif.

Tindakan itu penting bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan warga sekolah.

(Lim Hui Ying)

Media Baharu