fb fb fb fb fb

Penempatan haram warga asing di Nilai Spring

NILAI, 7 Februari- Operasi penguatkuasaan di sebuah penempatan haram warga asing di Nilai Spring, Negeri Sembilan dilaksana Jabatan Imigresen (JIM) secara teratur mengikuti SOP ditetapkan.

68 individu yang ditahan termasuk 37 kanak-kanak ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

Pemeriksaan mendapati, mereka tidak berniat untuk pulang ke negara asal sebaliknya ingin terus kekal berada di Malaysia dalam tempoh panjang meskipun tanpa dokumen sah.

Perkara itu berikutan beberapa petunjuk ketika melakukan operasi di situ, antaranya penempatan haram yang dibina dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.

Selain itu, ia turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti beberapa unit genset dan sekolah yang menggunakan silibus pendidikan Indonesia.

Bagaimanapun, JIM menegaskan aspek keselamatan dan kebajikan mereka sepanjang berada dalam depot tahanan; sentiasa diutamakan.

Tindakan sewajarnya sedang diambil bagi memastikan proses penghantaran pulang ke negara asal dapat dilaksanakan segera.

(Foto hiasan)

Media Baharu