fb fb fb fb fb

Lelaki maut tertimbus ketika cari emas

FOTO JBPM KELANTAN

TANAH MERAH, 22 September- Seorang lelaki ditemukan maut setelah tertimbus dalam tanah ketika melakukan kerja-kerja mencari emas di Kampung Cabang Bijih, Perala, Sokor, di sini, semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.11 petang dan panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bantuan mengambil mayat tertimbus.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang segera digerakkan ke lokasi kejadian bersama Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rohapzal Mohd Hussain.

Mangsa, 56 tahun, kemudian ditemukan tertimbus dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Mayat mangsa diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA