fb fb fb fb fb

Lawatan balas PM ke Thailand, dijangka wujud kerjasama ekonomi luar biasa

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Kunjungan balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand tidak lama lagi dijangka akan mewujudkan jaringan kerjasama ekonomi yang luar biasa.

Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata hubungan baik dengan negara jiran mampu menjana pelaburan lebih banyak sekali gus memulihkan ekonomi negara.


(Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub)

"Sebelum kunjungan balas Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand, saya lihat bagaimana syarikat asing daripada Thailand, misalnya Energy Absolute yang mempunyai dana 45 bilion itu telah melakukan kunjungan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat bahawa mereka bersedia membuat pelaburan dalam konteks tenaga hijau.

"Ini satu peluang sangat positif kepada ekonomi negara, apatah lagi kita sedang mencari alternatif kepada penjanaan ekonomi dan saya yakin kalau kita terus positif dan melihat negara jiran dan pengukuhan serantau itu penting kepada negara kita kita akan mencapai satu hubungan baik dengan negara-negara jiran untuk memulihkan ekonomi negara", katanya.

Tambah beliau, isu kemelut keamanan di selatan Thailand juga perlu diberi penekanan kerana turut memberi kesan kepada negeri-negeri di utara negara, khususnya dalam sektor pelancongan sempadan dan urusan perniagaan.

Beliau bercakap kepada pemberita RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia.

Media Baharu