fb fb fb fb fb

Lima projek utama tingkat pendapatan pekebun kecil getah

KUALA LUMPUR, 7 Februari- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Jalan Ampang hari ini.

Ia merupakan kunjungan pertama beliau selaku Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah dan satu sesi taklimat khas telah diadakan.

Dalam sesi berkenaan, RISDA telah memaklumkan bahawa lima projek utama untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah dilaksanakan.

Antara projek berkenaan ialah Rancangan Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil, Peningkatan Produktiviti dan Pembangunan Pekebun, Pembangunan Semula Hasil Baharu, Rawatan dan Pencegahan Penyakit Luruhan Daun, serta Bantuan Musim Tengkujuh yang merupakan projek teras yang melibatkan peruntukan bernilai RM306.29 juta bagi tempoh enam bulan pertama operasi RISDA tahun ini.

Pada masa sama, RISDA mensasarkan pendapatan pekebun kecil dipertingkatkan kepada RM4500 sebulan bagi sekeluarga pada tahun 2025.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu