fb fb fb fb fb

Pasukan SAR tragedi Jeram Air Putih guna dron bantu pencarian

KEMAMAN, 5 Julai- Operasi pencarian dua lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Air putih giat dijalankan menggunakan teknologi dron pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ia bagi memudahkan pasukan pencarian mengesan dua lagi mangsa yang belum ditemui.

Komander Operasi Unit Dron dari Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Taufiq Abdul Satar memberitahu, "hari ini pemantauan itu dibuat di sekitar sektor B hingga ke sektor C."

Ia dilakuakan bersama dua orang ahli pasukan pemantauan udara secara berkala dan pengesanan di lokasi strategik dibuat melibatkan kawasan yang dimasuki pasukan SAR.

Mohd Taufik berkata, "dron berkapabiliti tinggi Matrice 210 itu mempunyai kamera imej thermal yang berupaya mengenal pasti objek dengan kesan haba terutamanya pada waktu malam.

"Apabila kita melakukan penerbangan di sesuatu kawasan kita akan kenal pasti lokasi tersebut dan akan berikan maklumat tersebut kepada pasukan penyelamat di air atau di darat.

"Jadi eye on the sky, seperti kapabiliti dikendali dron untuk bergerak jauh dalam masa yang cepat dan pantas. Apabila maklumat diperolehi bila-bila masa, ada penemuan mangsa dengan kawasan yang seluas ini kita boleh gerakkan ia sejauh 10 kilometer dari udara dan tidak perlu melalui jalan darat," katanya kepada pemberita di sini.

(Mohd Taufiq Abdul Satar)

Media Baharu