fb fb fb fb fb

Hari undi 12 Ogos sesuai, beri ruang untuk persediaan rapi- Aminuddin Harun

(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

SEREMBAN, 5 Julai- Penetapan tarikh Hari mengundi pada 12 Ogos dilihat sesuai bagi memberi ruang kepada rakyat serta jentera parti untuk membuat persediaan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15).

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pengumuman tarikh mengundi lebih awal dan ditetapkan pada hari Sabtu itu bakal mempengaruhi jumlah pengundi.

"Dapat membantu masyarakat mengatur semula penjadualan tentang aktiviti mereka bagi memastikan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini, jumlah mereka yang mengundi akan lebih tinggi lagi daripada PRU yang lepas. Kita berharap bahawa pengundi luar dapat balik apabila mengetahui lebih awal dan ini memberi ruang kepada mereka mengatur perjalanan yang selamat, di samping akan memudahkan mereka tentukan tempat mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri Seremban.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, berkata pihaknya yakin PRN dapat dijalankan dengan lancar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

"Siapa dan parti mana pun yang akan menyertai PRN ini pastinya sudah bersedia termasuk dari segi jentera kerana kita baru habis PRU, cuma mungkin jentera perlu disegarkan semula," katanya.

Beliau mengakui menawarkan diri sebagai calon PRN namun keputusan muktamad tertakluk kepada pucuk pimpinan parti.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, mengumumkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.


(FOTO HIASAN/ BERNAMA)

Media Baharu