Pasukan Petugas Pengurusan Krisis pantau ekonomi negara

Selaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat/Foto RTM

KUALA LUMPUR 3 April -Penubuhan Jawatankuasa Khas di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN) memperkukuh pemantauan ekonomi negara bagi memastikan bekalan dan harga barangan kekal stabil berikutan konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis untuk menyelaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga.
  • Pasukan akan meneliti tindakan harian dan mengumpul maklum balas berkaitan isu Asia Barat.
  • Kementerian Ekonomi dan MTEN meneliti lebih 40 indikator bagi memastikan bekalan bahan api dan tenaga terjamin.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK), bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.

“Tan Sri Mohd Hassan yang juga Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan akan berperanan meneliti tindakan yang perlu diambil setiap hari, selain mengumpulkan maklum balas berkaitan isu Asia Barat.

“Dalam masa sama, Kementerian Ekonomi dan pihak MTEN sedang meneliti contoh lebih 40 indikator untuk melihat perkara-perkara yang perlu mendapat perhatian dari pelbagai kementerian bertujuan memastikan secara keseluruhan bekalan bukan hanya bahan api dan bahan bakar tenaga bagi Malaysia, kekal terjamin untuk bulan-bulan yang akan datang,”katanya.

Beliau turut menyatakan tugas pasukan dipimpin Tan Sri Mohd Hassan tidak bertindih dengan jawatankuasa khas dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang berperanan meneliti perkembangan ekonomi semasa.