KUALA LUMPUR, 2 November- Pasukan Pakar TVET Malaysia-China ditubuhkan bagi memanfaatkan kepakaran dan pengalaman profesional kedua-dua negara dalam meningkatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya di Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Pengerusi Lembaga Penasihat Malaysia-China Institute (MCI) Manndzri Nasib mengumumkan perkara itu di The China International Education Conference 2024.
Kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang itu mempunyai potensi besar untuk pembelajaran dan pertumbuhan kedua-dua negara.
Malaysia juga akan menerima manfaat daripada metodologi pengajaran inovatif, pembangunan kurikulum berkaitan dengan industri, dan teknologi termaju.
Sementara itu Ketua BELIA MAHIR, Mohammad Rizan Hassan berkata, usaha itu dilihat akan memudahkan pertukaran pengetahuan dan pembinaan kapasiti dalam TVET antara kedua-dua negara.
Acara tahunan yang dihoskan oleh China Education Association for International Exchange (CEAIE) itu mendapat sokongan padu Kementerian Pendidikan China.
Ia disertai 1,500 institusi TVET dari 60 buah negara dengan penglibatan 500 penceramah TVET antarabangsa dan menarik kunjungan lebih 65,000 warga TVET seluruh dunia.