fb fb fb fb fb

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bukti keseriusan kerajaan tangani kenaikan harga barang - NGO

(FOTO FAIL)

SUNGAI PETANI, 16 Julai - Semua pihak perlu menaruh keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan khususnya penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi menangani dan mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.

Penasihat Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Datuk Seri Cheng Soo Chye berkata penubuhan pasukan tersebut membuktikan keseriusan kerajaan untuk membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

(Penasihat Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Datuk Seri Cheng Soo Chye)

“Kerajaan sekarang tengah berfikir macam mana hendak tolong rakyat kita, memang kerajaan banyak tolong rakyat. Harap semua penjaja, naik sikit-sikit tiada masalah, kalau naik banyak memang tidak boleh tahanlah pasal sekarang punya ekonomi, COVID pun tak habis lagi." katanya ketika ditemui RTM, di sini.

Tambah Cheng, isu kenaikan harga barang bukan hanya berlaku dalam negara sahaja malah turut berlaku di peringkat global akibat perubahan iklim dan ketidaktentuan geopolitik yang turut disumbang oleh pandemik COVID-19.

Media Baharu