fb fb fb fb fb

Malaysia Sports League, kembalikan amalan hidup sihat dalam kalangan belia

TUARAN, 16 Julai - Pandemik COVID-19 menjadikan generasi belia sebagai pengguna teknologi dan media sosial yang tinggi sehingga mereka menjalani kehidupan tidak aktif.

Jesteru Malaysia Sports League (MSL), sebuah inisiatif baharu pembudayaan untuk bersukan khususnya bagi golongan belia sekali gus menggalakkan kembali belia dalam aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob MSL menyasarkan penyertaan 133,000 orang dan 2,232 program yang memberi manfaat kepada 5 juta penyertaan di seluruh negara.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Kerajaan percaya Model Baharu Pembangunan Belia 2030 yang sedang dirangka dapat direalisasikan sebagai agenda mutakhir bagi memperkasa elemen belia sebagai sumber dan aset negara," kata Ismail ketika berucap merasmikan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran di sini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan kepada belia seluruh negara supaya merebut apa jua peluang yang disediakan sepanjang sambutan Hari Belia Negara 2022.

Media Baharu