fb fb fb fb fb

Tinjauan Kesihatan orang asli dilaksana di lebih 70 perkampungan

KAMPAR, 16 Julai- Sebanyak 71 perkampungan orang asli akan terlibat dalam Tinjauan Kesihatan Orang Asli (OAHS) yang dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata tinjauan selama tiga bulan itu yang bermula bulan ini sehingga September depan, akan disertai 4,700 buah rumah.

Objektifnya mengumpul maklumat terperinci status kesihatan masyarakat orang asli di negara ini, dengan mengguna pakai modul daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS).

"Kita sasarkan 21,000 responden. Kita akan gunakan tinjauan ini untuk merangka intervensi yang khusus dari segi kesihatan awam dan perubatan agar perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada orang asli lebih berdasarkan bukti.

"Sekarang perlkhidmatan kesihatan kita berdasarkan laporan di lapangan, pergi ke lapangan kita tengok dan kita akan bertindak tetapi dengan garis dasar kita akan dapat tahu keadaan sebenar kesihatan masyarakat orang asli," kata Khairy selepas melancarkan Majlis Perasmian OAHS di Dewan Komuniti Kampung Sahom, di sini.

Sebanyak 15 pasukan akan menjalankan aktiviti pengumpulan data secara serentak melalui sesi temu ramah, pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan rekod imunisasi kanak-kanak.

(Khairy Jamaluddin (tengah) bergambar kenangan bersama masyarakat orang asli pada
majlis pelancaran Tinjauan Kesihatan orang asli di Dewan Komuniti Sahom, Kampar/BERNAMA)

 

Media Baharu