fb fb fb fb fb

Kompleks ICQS Nabawan, pertingkat keselamatan sempadan negara - Hamzah

NABAWAN, 16 Julai - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merancang membina sebuah Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Nabawan, Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pembinaannya akan dimulakan sejurus proses permohonan tanah berkeluasan kira-kira 26.3 hektar, diluluskan kerajaan negeri.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin)

"Untuk memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan ini supaya dia tidak payah pergi jauh ke pusat seperti buat laporan kelahiran, kematian ataupun laporan jenayah.

"Kita boleh menggunakan fasiliti yang ada apabila kita bangunkan balai polis di kawasan itu nanti, di situ juga balai polis kita pertingkatkan supaya boleh menerima laporan kelahiran dan juga kematian dan ini akan menjadi wakil kepada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Tambah Hamzah, pembinaan kompleks berkenaan, antara usaha kerajaan meningkatkan tahap keselamatan negara khususnya pergerakan keluar dan masuk penduduk merentasi sempadan negara, selain mengekang aktiviti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melalui sempadan antarabangsa negara.

Media Baharu