fb fb fb fb fb

8 tahun berlalu, keadilan terhadap tragedi MH17 tetap akan diteruskan

KUALA LUMPUR, 16 Julai - Esok merupakan hari memperingati ulang tahun ke lapan tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai 2014.

Sebagai tanda solidariti Kementerian Pengangkutan bersama waris tragedi yang mengorbankan 298 nyawa penumpang dan anak kapal tersebut akan terus diingati.

Kerajaan Malaysia komited untuk mencari kebenaran, menuntut keadilan serta mengheret mereka yang bertanggungjawab kemuka pengadilan dan kepada prosiding jenayah yang bebas, terbuka dan telus terhadap penjenayah yang didakwa dalam pendakwaan kebangsaan di Belanda ketika ini.

(FOTO FAIL)

"Kami turut menggesa semua negara dan pihak yang terlibat untuk memberi kerjasama sepenuhnya mengikut Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014).

"Proses kehakiman yang menyeluruh mesti dilakukan untuk mendapatkan kebertanggungjawaban penjenayah dan menuntut keadilan bagi mangsa serta waris yang terlibat dalam tragedi MH17," menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Kenyataan menyebut mencari kebenaran terhadap nahas yang berlaku akan terus menjadi keutamaan kerajaan dan mengulangi rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahlikeluarga dan insan tersayang mangsa nahas.

Media Baharu