(Perasmian persidangan Teknologi Kewangan (Fintech) SC x SC)
KUALA LUMPUR, 1 Jun- Pasaran modal berupaya menjadi pemboleh ubah dan pemacu dalam mencapai agenda keterjaminan makanan negara.
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata, akses kepada kewangan juga adalah kunci kepada masa depan yang lebih cerah untuk sektor pertanian.
Ini terutamanya bagi pekebun kecil dan usahawan tani yang ingin memodenkan pertanian dan mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan.
Pembiayaan alternatif seperti platform pendanaan ramai berasaskan ekuiti (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) membolehkan pelabur menggerakkan modal terus kepada usahawan tani.
Berucap pada perasmian persidangan Teknologi Kewangan (Fintech) SC x SC, jelasnya sejak diperkenal pada 2015, ECF dan P2P telah menyokong lebih 7,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerusi dana berjumlah RM4.4 bilion.
(Pengerusi SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berucap pada
perasmian persidangan Teknologi Kewangan (Fintech) SC x SC)