fb fb fb fb fb

Xpats Gateway tingkat daya saing Malaysia

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Sistem bersepadu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway yang bertujuan mempercepat dan mengurangkan birokrasi perniagaan akan meningkatkan daya saing Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai, usaha tersebut turut membuktikan komitmen kerajaan dalam menambah baik persekitaran perniagaan.

Secara keseluruhan, ia memberi manfaat kepada sektor perniagaan terutamanya bagi industri elektrik dan elektronik.

Jelasnya, menerusi usaha bersama pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan swasta, proses pengambilan ekspatriat profesional berjaya disingkatkan dari kira-kira tiga hingga enam bulan kepada 20 hari.

Keseluruhan proses menyelaras dan memendekkan tempoh tersebut mencerminkan keupayaan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) dalam menawarkan penyelesaian.


(Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai)

Media Baharu