fb fb fb fb fb

Pasar tani FAMA Kedah catat jualan RM11.5 juta dari Januari hingga Julai 2022

(FOTO HIASAN)

SUNGAI PETANI, 29 Ogos - 16 pasar tani kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Kedah mencatatkan nilai jualan sebanyak RM11.5 juta bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarah FAMA Negeri, Isa Hamzah berkata pasar tani Sungai Petani mencatat nilai jualan tertinggi iaitu RM3.5 juta berbanding RM3.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, seramai 857 usahawan menjalankan perniagaan di pasar tani FAMA di seluruh negeri Kedah.

Malah katanya, harga jualan di pasar tani FAMA antara 5 hingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran luar.

(Pengarah FAMA Negeri Kedah, Isa Hamzah)

"Sebenarnya pasar tani ini adalah tempat dimana para peniaga dan pengeluar menjual hasil pertanian terus kepada pengguna dengan harga yang berpatutan. Dia bergantung kepada lokasilah dan kita tidak tentukan dia punya penurunan itu tapi kebanyakan ada pengurangan berbanding dengan pasaran setempat," katanya ketika ditemui pemberita di pasar tani, di sini.

Tambah Isa, pihaknya sentiasa menyahut seruan kerajaan untuk menjual barangan keperluan harian pada harga yang amat berpatutan.

Ini bagi mengurangkan bebanan rakyat yang kurang berkemampuan terutama golongan B40 yang terkesan dengan kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini.

Media Baharu