fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, dua PPS dibuka

TAIPING, 29 Ogos- Seramai 55 penduduk daripada 15 keluarga terjejas dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama, setakat pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah berkata dua PPS berkenaan adalah Dewan Orang Ramai Air Kuning dan Dewan Orang Ramai Sungai Baharu.

Di PPS Dewan Orang Ramai Air Kuning, penduduk terjejas yang ditempatkan sejak pukul 8.00 malam tadi, seramai 41 orang daripada 11 keluarga.

Mereka merupakan penduduk dari Kampung Larut Ulu.

Satu lagi PPS yang dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baharu pula menempatkan 14 penduduk Kampung Sungai Nyior.

Kesemuanya terdiri daripada lima lelaki, enam perempuan dan tiga adalah kanak-kanak.

Sementara itu, PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya yang sebelum ini menempatkan tiga penduduk Taman Pengkalan Maju ditutup pada pukul 8.00 pagi.


(Penduduk terjejas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) disantuni agensi keselamatan
selepas bencana banjir melanda di kawasan perumahan mereka)

Media Baharu