fb fb fb fb fb

Utamakan pendidikan anak-anak walaupun berada di Pusat Koreksional

Foto fail

BESERI, 8 Julai -Prospek di Pusat Koreksional Perlis disaran sentiasa memberi keutamaan terhadap pendidikan anak-anak mereka walaupun berada dalam tempoh pemulihan dan jauh dari keluarga.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap anak-anak perlu diberikan perhatian sewajarnya dengan mengambil berat akan pendidikan di sekolah.

‘"Pendidikan merupakan warisan paling berharga yang boleh ditinggalkan kepada anak-anak dan wajar diutamakan mengatasi segala bentuk harta benda,’’ titah baginda ketika menyempurnakan penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk penubuhan Kelas Tahfiz Al-Quran di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka.

Dalam majlis tersebut, sumbangan replika cek berjumlah RM37,800 diserahkan kepada Pengarah Jabatan Penjara Negeri Perlis, Jorennedy Sylvester dan Pengarah Pusat Koreksional Perlis, Mohd Sabri Md Arshad yang bertujuan menyokong usaha untuk memperkukuh program pemulihan diri dan pendidikan keagamaan dalam kalangan penghuni pusat koreksional, khususnya melalui pembelajaran dan penghayatan Al-Quran sebagai panduan hidup.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN