fb fb fb fb fb

Dilarang terbang dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022- CAAM

(FOTO FB CAAM)

PUTRAJAYA, 29 Ogos - Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berkata ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam serta mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang sedang menjalankan penerbangan formasi rendah di kawasan tersebut.

(FOTO HIASAN)

"Pengendalian aktiviti dron tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Arahan Penerbangan Awam Civil Aviation Directives (CADs).

"Kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta 3, memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," kata CAAM menerusi hantaran di Facebook rasminya.

Bagi Peraturan 206(3) MCAR 2016, individu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau pertubuhan perbadanan akan didenda tidak melebihi RM100,000.

Media Baharu