fb fb fb fb fb

Kerja-kerja tampalan Lebuhraya Pasir Gudang dijangka siap hari ini

Antara laluan Lebuh Raya Pasir Gudang yang telah di baiki. - Foto / Bernama

JOHOR BAHRU, 8 Julai - Kerja-kerja tampalan berat atau ‘heavy patching’ sepanjang 50 meter di Lebuhraya Pasir Gudang, dijangka siap hari ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, ia susulan keadaan jalan raya yang tidak rata dan berlubang, terutama di dua lokasi utama di kawasan itu.

Langkah dilaksanakan bagi menambah baik kaedah 'carpet patching' yang digunakan sebelum ini di 467 lokasi sepanjang 5 Kilometer di kawasan projek berkenaan.

Pencahayaan juga ditingkatkan dengan membaik pulih 197 unit tiang lampu, yang dijangka siap, 11 Julai.

Penghadang jalan juga bakal dilengkapi dengan lampu berkelip serta garisan jalan sementara, bagi keselamatan pengguna.

Secara keseluruhan, skop projek itu melibatkan pelebaran jalan dari empat lorong kepada enam lorong sepanjang 5 KM termasuk, menggantikan lampu solar sedia ada kepada lampu kekal yang lebih terang.

ASHRIQ FAHMY AHMAD