fb fb fb fb fb

JAPEN Perlis pergiatkan program komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

(Nurulhisham Yaakob ditemu bual media selepas Program Merdeka @ Komuniti Keluarga
Malaysia diadakan di Kampung Sungai Padang, di Simpang Empat, Perlis)

SIMPANG EMPAT, 29 Ogos - Jabatan Penerangan (JAPEN) negeri Perlis terus mempergiatkan program bersama komuniti khususnya menjelangnya Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 dan Hari Malaysia tahun ini.

Ia menerusi Program Merdeka @ Komuniti Keluarga Malaysia yang menjelajah kesemua 45 Komuniti Keluarga Malaysia di ketiga-tiga kawasan parlimen seluruh Perlis.

Menurut Exco Negeri yang juga ADUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob, usaha yang dilaksanakan Jabatan Penerangan ini mampu menyemarakkan semangat rasa cinta dan sayangkan negara dikalangan rakyat tanpa mengira usia atau bangsa demi sebuah negara berdaulat.

Selain itu, program ini juga mampu merapatkan silaturahim antara rakyat dengan kerajaan malah antara agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pemimpin setempat.

  
(Program Merdeka @ Komuniti Keluarga Malaysia diadakan di Kampung Sungai Padang,
di Simpang Empat, Perlis)

Sebagai rakyat Malaysia, mereka perlu bersyukur dengan kemerdekaan yang dikecapi dan terus mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang cintakan negara dan mengekalkan semangat perpaduan.

"Di kampung-kampung kebanyakan penduduk kampung mengadakan sambutan berterusan dan semakin hari semakin ada pertambahan bendera-bendera di dalam kampung, saya jangkakan bertambah lagi sehingga sebelum Hari Malaysia iaitu 16 september, bendera-bendera ini akan bertambah rancak di kampung-kampung dan inisiatif tentunya daripada Jabatan Penerangan di negeri Perlis ini," kata beliau kepada media selepas Program Merdeka @ Komuniti Keluarga Malaysia di Kampung Sungai Padang, di sini.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan bersempena program yang dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri ini termasuklah Pertandingan Pakaian Merdeka, Hiasan Basikal Merdeka, Memasak Bubur Asyura dan Kuiz Kemerdekaan bersama komuniti Kampung Sungai Padang.

Media Baharu