fb fb fb fb fb

Pasangan panda gergasi tinggalkan Malaysia selepas 10 tahun

Pasangan panda gergasi, Feng Yi (kiri) dan Fu Wa (kanan), secara rasmi dihantar pulang ke China hari ini/Foto Fail BERNAMA

SEPANG, 18 Mei – Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi, secara rasmi dihantar pulang ke China hari ini selepas lebih sedekad ditempatkan di Malaysia di bawah program pemuliharaan panda gergasi yang dimeterai antara Malaysia dan China pada 2014.

Majlis penghantaran pasangan panda berkenaan berlangsung di Animal Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis bersejarah itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, yang mewakili kerajaan dalam menghargai simbol persahabatan dan kerjasama diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

Sepanjang berada di Malaysia, Fu Wa dan Feng Yi bukan sahaja menarik minat ramai pengunjung ke Pusat Konservasi Panda Gergasi di Zoo Negara, malah berperanan sebagai ikon pemuliharaan spesies terancam yang berjaya meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pemeliharaan biodiversiti.

Kehadiran panda ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala, malah turut menyumbang kepada kesedaran awam terhadap pemeliharaan spesies terancam.

Terdahulu, kementerian memaklumkan bahawa ketiga-tiga anak pasangan panda itu telah dihantar pulang ke China lebih awal iaitu Nuan Nuan pada 14 November 2017, diikuti Yi Yi dan Sheng Yi pada 29 Ogos 2023.

Majlis Penghantaran ini menjadi detik penuh makna dalam sejarah konservasi dan kerjasama antara Malaysia dan China.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Timbalan Ketua Setiausaha NRES (Sumber Asli), Norsham Abdul Latip.

BERITA BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN